Dimasukkan oleh IbnuNafis Label: Soal Jawab Aqidah
Sedangkan pendapat yang digembar gemburkan oleh orang yang tidak sependapat adalah disebabkan ada dua hadith ahad yang berlawanan dengan kandungan ayat-ayat qat’ie sebagaimana disebutkan. Dua hadith itu adalah riwayat Muslim iaitu :
Pertama :
RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda :
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : (استاذنت ربي أن أستغفر لأمي فلم يأذن لي, وأستأذنته أن أزور قبرها فأذن لي ) رواه مسلم“Aku meminta iin kepada Tuhanku untuk memohonkan ampun bagi ibuku, maka Dia tidak mengizinkanku. Dan, aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya, maka Dia mengizinkanku.
(Hadith riwayat Muslim, Sahih Muslim, vol 2, hlm 671)
Kedua :
أن رجلا قال : يا رسول الله, أين أبي ؟ قال : في النار. فلما قضى دعاه. فقال : إن أبي و أباك في الناررواه مسلم“Seorang lelaki berkata : “Wahai RasuluLlah , dimanakah ayahku ? Baginda menjawab. “Di dalam neraka.” Lalu setelah selesai (melakukan sesuatu), Baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam memanggilnya lalu berkata, “Sesungguhnya ayahku dan ayahmu di dalam neraka
(Hadith Riwayat Muslim, Sohih Muslim, vol 1, hlm 191)
Jawapan terhadap mereka sebagai berikut :
Jelaslah bahawa pada hadith pertama tidak terdapat pengungkapan yang
tegas bahawa ibu Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam di dalam
neraka. Tidak mendapat izin untuk meohonkan ampun tidak bererti
menunjukkan bahawa dia musyrik. Jika tidak, tentu tidak mungkin Tuhamnnya
mengizinkan untuk menziarahi kuburnya. Sebab tidak boleh menziarahi
kubur orang-orang musyrik dan berbakti kepada mereka. Sedangkan hadith
kedua masih ditafsirkan, tetang apa yang Baginda sallaLlahu ‘alaihi
wasallam maksudkan mengenai bapa saudaranya (Abu Thalib) yang meninggal
dunia setelah bi’tsah (waktu pertama kali Nabi sallaLlahu ‘alaihi
wasallam rasmi diutus dengan turunnya wahyu) dan tidak menyatakan
keIslamannya. Orang Arab selalu menggunakan kata “ayah” untuk “bapa
saudara” sebagaimana yang dinyatakan di dalam firman Allah subahanahu wa
Ta’ala tentang Nabi Ibrahim ‘alaihissalam :
۞ وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٲهِيمُ لِأَبِيهِ ءَازَرَ أَتَتَّخِذُ أَصۡنَامًا ءَالِهَةًۖ إِنِّىٓ أَرَٮٰكَ وَقَوۡمَكَ فِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬ (٧٤)Ertinya : “Dan (ingatlah) di waktu Nabi Ibrahim ‘alaihissalam berkata kepada bapanya, Aazar (Di antara muassirin ada yang berpendapat bahawa yang dimaksud dengan Abiihi (bapanya) ialah bapa saudaranya), “Patutkah kamu menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan?”
(Surah al An’am ayat 74)
Sedangkan ayah Nabi Ibrahim ‘alaihissalam bernama Tarikh atau Tarih,
sebagaimana yang diungkapkan oleh Ibnu Kathir dan para ahli tafsir yang
lain.
Apabila orang yang tidak sependapat tersebut, menolak penakwilan ini
dan tetap ingin berpegang dengan zahir nas pada hadith yang kedua
disebabkan tidak mendapat dukungan yang memuaskan daripada zahir hadith
nas yang pertama. Maka kami menyatakan kepadanya bahawa berdasarkan
pendapat dan hujah kalian; apabila kita memandang kedua-dua hadith
tersebut sebagai dalil yang menunjukkan bahawa kedua-dua ibubapa Nabi
sallaLlahu ‘alaihi wasallam tidak selamat (daripada neraka) maka hal itu
membuat kita menolak kedua-dua hadith tersebut sebab percanggahan
kedua-duanya dengan ayat-ayat yang qot’ie dan tegas yang menetapkan
pendapat para Imam dan para ‘ulama sejak berabad-abad. Al Hafiz Al
Khatib al Baghdadi telah menyatakan dengan tegas mengenai kaedah ini
dengan mengatakan :
“Apabila orang yang thiqah dan terpercaya meriwayatkan sebuah khabar yang bersambung sanadnya, (khabar) itu ditolak atas beberapa perkara : bahawa ia menyalahi nas (ungkapan tegas) al Quran dan Sunnah yang mutawattir , sehingga diketahui tidak ada dasar baginya atau ‘mansukh’ (dipinda dan dibatalkan).
(Al Baghdadi, Al Faqih wa al Mutafaqqih, hlm 132)
Para ahli hadith seperti Imam Bukhari dan Al Madin menolak hadith,
“ALlah subahanahu wa ta’ala menciptakan tanah (bumi) pada hari Sabtu, menciptakan gunung-gunung di atasnya pada hari Ahad, menciptakan pohon pada hari isnin, menciptakan sesuatu yang dibenci (bencana dll) pada hari Selasa, menciptakan cahaya pada hari Rabu, menyebarkan binatang di muka bumi pada hari Khamis, dan menciptakan Nabi Adam ‘alahissalam setelah asar pada hari Jumaat, pada akhir penciptaan, pada waktu terakhir dari waktu-waktu hari Jumaat di antara waktu Asar hingga malam hari
(Hadith Riwayat Muslim, Sohih Muslim, vol 4, hlm 2149)
Mereka menolaknya atas sebab ia bertentangan dengan al Quran
sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Kathir di dalam tafsirnya terhadap
firman Allah subahanahu wa Ta’ala :
إِنَّ رَبَّكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ۬
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah subahanahu wa Ta’ala yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa
(Surah al A’raf ayat 54) (Ibnu Kathir, Tafsir Ibnu Kathir, vol 2, hlm 230)
Sekarang, silakan orang yang tidak sependapat untuk memilih mana yang
ingin diambil; menggunakan takwil, dan ini lebih utama sebab tidak ada
penolakan terhadap dalil-dalil atau menolak khabar-khabar ahad tersebut
yang bertentangan dengan nas yang qat’ie dan tegas dari Al Quran al
Karim dan ini adalah kaedah yang dihadapi oleh para imam terkemuka.
Walaubagaimanapun, dapat disimpulkan di sini bahawa pendapat yang
paling kuat adalah pendapat yang menyatakan bahawa kedua-dua ibubapa
Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam itu selamat (tidak masuk neraka),
begitu juga dengan seluruh nenek moyangnya. Semoga Allah subahanahu wa
ta’ala menganugerahkan kepada kita cinta yag mendalam terhadap Baginda
sallaLlahu ‘alaihi wasallam dengan mengenal darjatnya (keturunan Nabi
sallaLlahu ‘alaihi wasallam) dengan baik. Akhirnya, sama-samalah kita
berdoa kepada Allah subahanahu wa Ta’ala. “AlhamduliLlahi Robbil ‘alamin
(segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam)” Dan, Allah subahanahu wa
Ta’ala Maha Tinggi dan lagi Maha Mengetahui.