BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, September 16, 2011

Benarkah IbuBapa RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam Musyrik Dan Berada Di Neraka ?

Dimasukkan oleh IbnuNafis Label:  

Sedangkan pendapat yang digembar gemburkan oleh orang yang tidak sependapat adalah disebabkan ada dua hadith ahad yang berlawanan dengan kandungan ayat-ayat qat’ie sebagaimana disebutkan. Dua hadith itu adalah riwayat Muslim iaitu :

Pertama :

RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda :
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : (استاذنت ربي أن أستغفر لأمي فلم يأذن لي, وأستأذنته أن أزور قبرها فأذن لي ) رواه مسلم
“Aku meminta iin kepada Tuhanku untuk memohonkan ampun bagi ibuku, maka Dia tidak mengizinkanku. Dan, aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya, maka Dia mengizinkanku.
(Hadith riwayat Muslim, Sahih Muslim, vol 2, hlm 671)

Kedua :
أن رجلا قال : يا رسول الله, أين أبي ؟ قال : في النار. فلما قضى دعاه. فقال : إن أبي و أباك في النار
رواه مسلم
“Seorang lelaki berkata : “Wahai RasuluLlah , dimanakah ayahku ? Baginda menjawab. “Di dalam neraka.” Lalu setelah selesai (melakukan sesuatu), Baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam memanggilnya lalu berkata, “Sesungguhnya ayahku dan ayahmu di dalam neraka
(Hadith Riwayat Muslim, Sohih Muslim, vol 1, hlm 191)

Jawapan terhadap mereka sebagai berikut :

Jelaslah bahawa pada hadith pertama tidak terdapat pengungkapan yang tegas bahawa ibu Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam di dalam neraka. Tidak mendapat izin untuk meohonkan ampun tidak bererti menunjukkan bahawa dia musyrik. Jika tidak, tentu tidak mungkin Tuhamnnya mengizinkan untuk menziarahi kuburnya. Sebab tidak boleh menziarahi kubur orang-orang musyrik dan berbakti kepada mereka. Sedangkan hadith kedua masih ditafsirkan, tetang apa yang Baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam maksudkan mengenai bapa saudaranya (Abu Thalib) yang meninggal dunia setelah bi’tsah (waktu pertama kali Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam rasmi diutus dengan turunnya wahyu) dan tidak menyatakan keIslamannya. Orang Arab selalu menggunakan kata “ayah” untuk “bapa saudara” sebagaimana yang dinyatakan di dalam firman Allah subahanahu wa Ta’ala tentang Nabi Ibrahim ‘alaihissalam :

۞ وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٲهِيمُ لِأَبِيهِ ءَازَرَ أَتَتَّخِذُ أَصۡنَامًا ءَالِهَةً‌ۖ إِنِّىٓ أَرَٮٰكَ وَقَوۡمَكَ فِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬ (٧٤)
Ertinya : “Dan (ingatlah) di waktu Nabi Ibrahim ‘alaihissalam berkata kepada bapanya, Aazar (Di antara muassirin ada yang berpendapat bahawa yang dimaksud dengan Abiihi (bapanya) ialah bapa saudaranya), “Patutkah kamu menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan?”
(Surah al An’am ayat 74)

Sedangkan ayah Nabi Ibrahim ‘alaihissalam bernama Tarikh atau Tarih, sebagaimana yang diungkapkan oleh Ibnu Kathir dan para ahli tafsir yang lain.

Apabila orang yang tidak sependapat tersebut, menolak penakwilan ini dan tetap ingin berpegang dengan zahir nas pada hadith yang kedua disebabkan tidak mendapat dukungan yang memuaskan daripada zahir hadith nas yang pertama. Maka kami menyatakan kepadanya bahawa berdasarkan pendapat dan hujah kalian; apabila kita memandang kedua-dua hadith tersebut sebagai dalil yang menunjukkan bahawa kedua-dua ibubapa Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam tidak selamat (daripada neraka) maka hal itu membuat kita menolak kedua-dua hadith tersebut sebab percanggahan kedua-duanya dengan ayat-ayat yang qot’ie dan tegas yang menetapkan pendapat para Imam dan para ‘ulama sejak berabad-abad. Al Hafiz Al Khatib al Baghdadi telah menyatakan dengan tegas mengenai kaedah ini dengan mengatakan :
“Apabila orang yang thiqah dan terpercaya meriwayatkan sebuah khabar yang bersambung sanadnya, (khabar) itu ditolak atas beberapa perkara : bahawa ia menyalahi nas (ungkapan tegas) al Quran dan Sunnah yang mutawattir , sehingga diketahui tidak ada dasar baginya atau ‘mansukh’ (dipinda dan dibatalkan).
(Al Baghdadi, Al Faqih wa al Mutafaqqih, hlm 132)

Para ahli hadith seperti Imam Bukhari dan Al Madin menolak hadith,
“ALlah subahanahu wa ta’ala menciptakan tanah (bumi) pada hari Sabtu, menciptakan gunung-gunung di atasnya pada hari Ahad, menciptakan pohon pada hari isnin, menciptakan sesuatu yang dibenci (bencana dll) pada hari Selasa, menciptakan cahaya pada hari Rabu, menyebarkan binatang di muka bumi pada hari Khamis, dan menciptakan Nabi Adam ‘alahissalam setelah asar pada hari Jumaat, pada akhir penciptaan, pada waktu terakhir dari waktu-waktu hari Jumaat di antara waktu Asar hingga malam hari
(Hadith Riwayat Muslim, Sohih Muslim, vol 4, hlm 2149)

Mereka menolaknya atas sebab ia bertentangan dengan al Quran sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Kathir di dalam tafsirnya terhadap firman Allah subahanahu wa Ta’ala :

إِنَّ رَبَّكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ۬
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah subahanahu wa Ta’ala yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa
(Surah al A’raf ayat 54) (Ibnu Kathir, Tafsir Ibnu Kathir, vol 2, hlm 230)

Sekarang, silakan orang yang tidak sependapat untuk memilih mana yang ingin diambil; menggunakan takwil, dan ini lebih utama sebab tidak ada penolakan terhadap dalil-dalil atau menolak khabar-khabar ahad tersebut yang bertentangan dengan nas yang qat’ie dan tegas dari Al Quran al Karim dan ini adalah kaedah yang dihadapi oleh para imam terkemuka.

Walaubagaimanapun, dapat disimpulkan di sini bahawa pendapat yang paling kuat adalah pendapat yang menyatakan bahawa kedua-dua ibubapa Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam itu selamat (tidak masuk neraka), begitu juga dengan seluruh nenek moyangnya. Semoga Allah subahanahu wa ta’ala menganugerahkan kepada kita cinta yag mendalam terhadap Baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam dengan mengenal darjatnya (keturunan Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam) dengan baik. Akhirnya, sama-samalah kita berdoa kepada Allah subahanahu wa Ta’ala. “AlhamduliLlahi Robbil ‘alamin (segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam)” Dan, Allah subahanahu wa Ta’ala Maha Tinggi dan lagi Maha Mengetahui.